Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, menjelang hari raya ni semakin menjadi-jadi pula scammer skim cepat kaya menjalankan aktiviti mencari dan memperdaya mangsa.
Dalam video ini, saya kongsikan pengalaman Puan Siti yang telah ditipu oleh sejenis pelaburan yang tidak wujud yang bersembunyi disebalik urusniaga pertukaran wang asing. Dengan menjanjikan pulangan yang lumayan dalam masa beberapa jam dengan modal permulaan RM1000.
Puan Siti telah menanggung kerugian sejumlah RM11,500 dalam masa beberapa jam dan ini hanya salah seorang yang tampil memberanikan diri berkongsi pengalaman. Saya yakin masih ramai lagi yang terpedaya dan hanya mendiamkan diri setelah hilang segalanya.
Musim perayaan ni memang banyak scammer mencari mangsa, nak-nak lagi bila dia tahu yang sekarang ramai orang dapat buat pengeluaran khas kwsp sebanyak RM10,000. Disebabkan inginkan kehidupan mewah, ada manusia yang tidak berhati perut sanggup melakukan apa sahaja untuk merealisasikan impiannya untuk hidup bermandikan emas.
Mereka tak peduli anda tua atau muda, sakit atau sihat. Mereka akan kerah duit anda dalam berbagai cara untuk menjadikan diri mereka kaya. Segala tipu muslihat akan dipertontonkan untuk menarik minat anda.
Saya harap anda dapat ambil pengajaran dari video ini dan boleh share video ini kepada kawan-kawan atau saudara mara yang berpotensi untuk terjebak dengan skim cepat kaya seperti
a) pelaburan yang menjanjikan keuntungan melampau
-kalau boleh buat 1000 jadi 15000 dalam masa 6 jam, kenapa kau masih perlukan duit orang lain? Kau bagi pinjam dulu la RM1000 kalau dah kaya sangat.
b) signal trade yang claim signal dia boleh buat beribu pips setiap masa
-dah kalau beribu pips boleh buat, kenapa asal biru kau close? tak kanlah kau trade profit 1pips seribu kali sehari!
c) copytrade yang claim dia tak pernah rugi dan selalu untung
-nak tengok drawdown boleh? nak tengok trade performance lebih setahun ada? tak kan lah sebab fullmargin berjaya sekali dah nak kutip duit orang, come on la boy!
Tu logical thinking yang kita boleh buat sebelum nak habiskan duit kita ke pelaburan yang kita sendiri tiada ilmu yang mendalam berkenaannya. Iklan-iklan yang korang nampak kat facebook dan instagram tu memanglah bagitahu signal diaorang percuma, takde IB takde VIP la, tapi kene ingat yang duit korang guna untuk deposit tu bukan percuma. Mereka dah labur beribu untuk bayar iklan di facebook, akan tiba juga masa mereka akan makan korang. Cuma dia tunggu kolam ikan dia penuh dulu, baru dia mula permainan dia.
Bagi yang berfikir memang boleh nampak dengan common sense, tapi bagi mereka yang terdesak dan tertekan dengan beban kehidupan, kadang-kadang nak berfikir secara rasional pun dah tak boleh. Bila ada scammer datang tunjuk kekayaan, kemewahan dah memang tak boleh fikir apa dah. Maka hilanglah duit simpanan seperti yang terjadi pada Puan Siti dalam video ini.
Youtube Channel ni saya buat untuk sediakan tempat belajar yang selamat untuk korang belajar berkenaan trading bagi mereka yang dah terjebak dalam industri ini dan ingin meneruskan perjalanan sehingga mampu untuk menjadi Fulltime Trader. Perjalanannya panjang dan sukar, tidak ramai yang mampu menanggung bebannya sebuah pengajaran dan pengalaman. Disebabkan ini, adalah lebih baik untuk meninggalkan industri ini jika anda seorang yang malas belajar dan nak cepat kaya.
Lagi satu pesanan saya, apa yang saya ajar disini, berlatihlah di demo account, trade lah di demo account....sampai bila?
Sampai dah lupa cara untuk rugi...
Sekian dari saya, hanzo.
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
=================================
Ubat untuk mereka yang masih mencari jalan untuk bahagia
https://shope.ee/7UbBT2OnY0
=================================
Stay Connected
Instagram: https://www.instagram.com/hanzoshadowcodes/
TikTok: https://www.tiktok.com/@hanzoshadowcodes
Facebook Page: https://www.facebook.com/shadowcodespriceaction/
Facebook Personal: https://www.facebook.com/shadowcodesfx
Linkedin: https://www.linkedin.com/in/muhdhanzo/
Twitter: https://twitter.com/hanzoshadowcode
Telegram: https://t.me/shadowcodes
My wife Youtube Channel: https://www.youtube.com/channel/UCwXiWHDfX6AuouCzuVx5GmA
Our Cooking Youtube Channel: https://www.youtube.com/channel/UCTQX3h15UdeF_aNKjSKjyPg
My Wife Instagram: https://www.instagram.com/diarykempis/#peaceandlove

- Category
- Trading Online & Forex Online
Comments